August 18, 2008

tahniah adzira, azirul dan azchongwei!

wah, dah lama betul rasanya tak update blog ni, hehe. takde la lama mana sgt pun kan, tidak berkesempatan untuk mengarang dan merepek di depan pc...

adzira
ea, dah selamat menjadi isteri udin (org kata muka mcm adlin aman ramlie, hehehe) 1 ogos lepas, tahniah, hehe. tak sangka pulak adik yang sorang ni cepat jugak menamatkan zaman single mingle nya. jodoh dah sampai kan, pape pun didoakan semoga bahagia dan sejahtera hingga ke akhirnya, insyaAllah~ sebenarnya aku ni ditugaskan utk mengambil gmbr masa majlis akad nikah kat mesjid tu, tp tatau pesaipa kali ni sungguh kekok skali nk menembak, huhu. mungkin jugak dikeranakan tempoh 'percutian' yang agak panjang dari aktiviti menembak itu. huhu. mujur jugak mak andam pun ada hntr fotografer dia utk amik gmbr. harapnya fotonya memuaskan.. mintak maaf ea, ada la selai dua yang dah diedit di fotopageku, silalah lihat ye, hehe.

apa aku buat masa kenduri ea tu? jadi gadis bunga telur pemberi kurma bercoklat je, hehe.. tapi sebijik pun x sempat nk rasa.. habis dibedal oleh sapa taktau.. aduhai.. takde rezki, apa nk buat kan, huhu... tahniah puanjoriah dan encikhusain sekeluarga utk majlis yang meriah itu~


azirul
seorang lagi adik selamat dinikahkan pada 1 ogos jugak, isterinya di jb. dan sabtu bebaru ni, aku ke kampung baru danglau, sik (jauh nye mak... tp sgt berbaloi sebab nasik kenduri dan lauknya mmg tip top, sedapnya aiii....)

tahniah buat azirul dan isteri, era. cuaca yang sejuk dengan hujan renyai renyai sangat menyamankan di tengah tengah kampung yang dikelilingi dusun buah buahan, hehe. azirul ni tak penah pulak ajak pi mkn buah buahan kat dusun ayah dia ni, isk isk..

dan azirul, kakak minta maaf sebab selama ni tak pernah dekat dengan azirul. tak pernah mengambil tahu perihal azirul. tak berada bersama semasa ibu azirul meninggalkan kita semua. bukan kakak tak mencuba tapi entahlah, entah apa yang menjarakkan kita. namun yang pasti, azirul sebenarnya tetap dekat, sentiasa kakak ingat..

anyway, tahniah lagi sekali~!!

azchongwei
(jgn salah faham, saja tambah az, sebab 2 watak pertama bermula dengan 'a' hehe)
tahniah chong wei (dan misbun sidek)~ walaupun hanya pulang dengan perak (sib baik bukan selangor atau negeri sembilan! hehe) aku tetap berbangga (tatau pesaipa bangga tah). di saat Lin Dan muncul dengan mempamerkan 'muscle kejuaraan'nya itu (saje je pakai sleeveless ni mamat ni isk isk), ku tahu sudah chong wei pasti menghadapi kesukaran utk bergelar juara olimpik tahun ini, huhu. 4 thn lagi cuba lagi ok! chayok!!!