November 3, 2008

kisah itu dan ini

kisah bibik kematian ayah
lepas pegi kenduri rok di yan sabtu lepas, aku bercadang utk terus ke rumah chik. dia buat majlis baca yasin utk intan yg nk amik spm minggu depan, dan makan makan jugak, of kos, hehe. sampai di seri tanjung, adik pulak telipon. dia kata midah (maid yg jaga maktok aku di rumah skrg ni) dpt kbr dr sepupunya (yg tggl di atas bukit dkt dkt ngn rumah kami tu) yang ayahnya baru meninggal! (sesungguhnya perkara yang paling hampir dengan seseorang itu ialah MATI. saat tiba detiknya, tiada apa lagi yang boleh menghalang, ia pasti berlaku)

apa nak buat? aku balik ke rumah. tah betul atau tidak, kadang kadang perkabaran dari seberang ni bukan nya boleh dipercayai sgt. heh. jadi kami menelefon saudara midah. bulik susi yang menjawab. dan sah, ayahnya telah meninggal kira-kira jam 3.30 waktu indonesia, katanya sesak nafas (ini cuma asbab kepada kejadian mati itu, dan ketahuilah sebenarnya ianya adalah kerana ajalnya sudah sampai..)

nak balik? tak boleh la nak bagi. kalau dia balik harus la nnt dia takkan balik semula ke sini sebab ibunya jugak kurang sihat dan tambah pulak sekarang tggl keseorangan, kakak dan abangnya tinggal di daerah lain, pasti dia akan memilih untuk tinggal terus di sana. dan lagi pulak, tiada bot yang available ketika itu, kalau ditunggu sehingga pagi esok pun, pasti x sempat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

apa dia buat? menangis seharusnya. apa boleh buat, tiada rezki utk berjumpa ayahnya. doa saja yg dapat dikirimkan, semoga ayahnya ditempatkan bersama org yang soleh dan semoga suatu masa nnt dapat dia bertemu semula dengan ayahnya itu.

kisah rumah besar dan seisi keluarga bahagia
di kesempatan berkenduri di yan itu, aku bersembang dengan ibu pengantin, yang sebetulnya ada sedikit bertalian saudara, melalui perkahwinan. asalnya di kampung yang sama juga kami ni, sungai layar.

nasihatnya, yang tidak pernah aku dapat dari orang lain,"ni makcik nk bgtau ni, pi la mekah masa tgh muda lagi ni. toksah beli rumah toksah beli apa lagi, pi mekah dulu, nnt Tuhan bukak jalan lagi mudah untuk kita. kadang kadang org takmau, dok fikir nk beli rumah dulu, tak fikir nk pi mekah. tp elok la p mekah dulu na."

kagum kami berdua.

dan rumahnya yang tersergam indah itu, dan keluarga bahagia miliknya itu, pastinya itu adalah suatu rahmat kurniaan dariNya yang dia peroleh di atas keyakinannya terhadap kuasa dan rahmatNya. subhanallah.

kisah kain putih di ppkok cempedak
aku ke majlis ijazah di penang mlm smlm. s*lhi yang memandu, cn pun turut serta, kami berlima naik satu kereta. lamanya tak menyertai majlis. sudah agak berkarat juga. pada mulanya aku agak kecewa sebab berada di 'luar' majlis. interior design rumah persatuan tidak sesuai utk memungkinkan kesemua hadirin duduk di situ, jadi kami duduk di kerusi di halaman saja.

selesai mkn, alhamdu lillah, dpt jugak berserta di dlm majlis ilmu itu. proses mengecaj bateri yg dah agak berkarat berlangsung, mudahmudahan aku telah beroleh sesuatu drpd proses penceritaan smlm, huhu.

dan pulang dari penang, sampai ja di mini tar mukim 8, tiba di sebuah pokok cempedak, terkejut aku! ada kain putih bergantungan di dahan paling rendah! heh! ada yang menggantungkan telekung di situ. entah apa tujuannya. barangkali mengelakkan dari orang mencuri buah di pokoknya itu. huhu. ataupun, mungkin yg kulihat itu bukan sekadar kain? heh! cn agak nebes bila aku berkata begitu, dan s*lhi sekadar tersenyum :)

kisah temuduga dan peperiksaan
dan esok, aku akan ke kuala lumpur, temuduga di shah alam bermula jam 9.30 pagi hari rabu. doakan semoga aku berjaya insyaAllah. andai ada rezki untukku di sini, semoga Tuhan sentiasa memelihara dan memberikan petunjuk untuk aku mengharungi segala dugaan yang telah disediakanna di jalan ini. jika tidak, semoga aku akan terus berusaha dan semoga dengan usaha itu aku akan memperloeh sesuatu.

'bukan senang nk hidup berjaya, bukan senang nk dpt kejayaan dlm hidup' (YMGU)

dan peperiksaan itu? makteh yang suruh aku amik. hr jumaat, 2 paper. utk apa? aku akan jadi ajen insurans selepas ini! (kalau lulus periksa) kalau ada yg berminat bolehlah bertanya. aku tak suka memaksa, sebab aku pun tak suka dipaksa membeli insurans!

10 comments:

mynameislina said...

Good luck fazira...semoga dipermudahkan oleh Nya jalan untuk apa2 yg dihajatkan :)

Fazira Albaijure said...

timakasih norlina~ mudah2an, insyaAllah :)

naiza said...

wahaa? agen insurans? makteh ko ni prudential gak ke? hhohoho selamat berjaya!

good luck in your interview juge

Anonymous said...

gud luck juge....

Fazira Albaijure said...

heheh. takla nekza, dia wat AXA skrg. aku pun nnt, kalau pas exam la hehe.

timaseh ayu~

Fazira Albaijure said...

heheh. takla nekza, dia wat AXA skrg. aku pun nnt, kalau pas exam la hehe.

timaseh ayu~

naiza said...

AXA ada life ke idak eh.. aku pun tak sure.. ko amik exam PCE tu part A+B ke or ngan C skali?

kingbinjai said...

tak tahu nak komen tajuk yang manan hehehehe

kaffeestube : wenig zucker said...

skrg ngah buat pe? jual insurans???
wah,lari dari bidang neh. heh~
jual insuran pn bleh kaye per...

Fazira Albaijure said...

naiza: ada. aku amik ceilli ja ritu, pce postponed, 21 ni kot br amik insyaAllah. dan ceilli itu, gagal! haha. amik lg skali gak nnt, skali ngn pce, a&c

king: hehe

kaffeestube: br nk amik test, sj coba, hehe. mana tau kot dpt pakej percutian percuma ke kuming! hehe