February 26, 2011

mencari dan memasak ikan. mengasuh budak tecit, daddy budak dan mummy budak

sejak dua minggu yang lalu, sepeti yg sumua dh sedia maklum, ahli keluarga ciksarah dah tambah sorang lagi. budak tecit yg bernama ain surayya ni dah empat belas hari menghirup udara di bumi jitra. (^___^)

semalam, ciksarah ke jitra, bawak mama dan nina. mama amik turn dengan tok bisan utk jaga menantu dan cucu sulongnya itu. dan pulak, bapak kepada budak tecit itu, yakni adek ciksarah, juga dikategorikan sebagai 'pesakit berpantang' - dia ciken poks! jadinya ada tiga orang yang 'berpantang' - mummy yg melahirkan, baby yg sedikit kuning dan daddy yang berbintat penuh di seluruh badan. tak ape lah ye.. sama² 'masuk wad', meriah la sikit kan ;P

dan pagi tadi, ciksarah ke market di pekan jitra, mencari ikan gelama utk si daddy. tp yg jmpanya cuma haruan utk si mummy. mmg byk org jual ikan haruan kat situ. tiga blas hengget sekilo. makteh di keramat yg juga baru menerima cucu sehari selepas mama, sedikit tensi bila dpt tau harga haruan di jitra, cuma separuh harga di kl, doploh lima hengget. huhu. hm. dah mmg gitu la kan. nk wat cemana. (^___^) tp x bili pun, sbb tok ayahnya dh kirim satu kilo dari sungai petani~ hehe.. akhirnya cuma dibeli ikan bawal putih dan siakap saje..

dan yang ciksarah suka semasa ke pasar pg tadi, ialah bila terjumpa satu tag yg tulis:

TELOQ RM2.80

diletak atas satu stack tray telur ayam! tp x amik gmbr la pulak.. huhu~ mmg terasa sungguh kekedahan di situ. heee..

suka.. sbb dpt masak² hari ni, dh lama x memasak begitu. walaupun cuma masak sup ikan haruan dan rebus ikan bawal putih. tp lega. sbb masih ada skill itu. haha. (^__^)v

o ye. bebalik kepada cerita cik ain surayya ni. hr ketujuh, kepalanya sudah dibotakkan. :) selepas tujuh hari ni, dh ada bbrp milimeter yg tumbuh semula.. dengan sdikit kesan cukur bantal di bahagian belakang. lama² nnt ok la tu kot ye.. (^___^) yg ni, gmbr dia pd usia 18 hari:



dan yang kat bwh ini, masa usianya 3 hari. masa rambutnya masih ada. hehe. dan kalau tny, sy mmg lebih suka ms dia ada rambut.. huhu.. takpela dik ye, sabor je. tak lama lagi rambut u sure lebatnye ok ;) botak-botak pun somel juge.. bak kate kakak fiqah - hebi hotak! (baby botak) (^____^) moga yang baik² untuk cik ain surayya..



dan ptg td, dh balik sp semula.. sedang menonton cerekarama. sambil membuat persiapan mental utk pendakian esok pagi. yep. hiking lg. ;) ke bukit jambull je. ;P mgkin bole jmpa signage ini lagi! hihi~



cheers!

*sori, gmbr x bape clear.. pakai henpon 2.0 megapixel saje~ :P