September 26, 2011

ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

selamat hari isnin ^^

syukurlah. lif kat opis dah ok. i mean, lif di bangunan baru, dh boleh digunakan. =) dah berapa bulan naik tangga dengan bersungguh sungguh. hihi. so seharusnya kerja akan jd lebih efisyen selepas ini. hikhik...

dikisahkan ttg kerja, sibuk. ya, agak sibuk. [tapi masih sempat hapdet blog ;)] ada dua paper perlu disubmit by hujung minggu ini utk dua conference. satu report sudah siap tadi. ada dua lg labwork yg perlu disiapkan secepat mungkin dan dihantar reportnya jugak, due mggu ini. jugak. huhu.. kaget jugak bila difikir fikir. jd terpaksa kurangkan berfikir. cuma nk kena buat saja. hik hik.

dua minggu pertama bulan ini sy bertugas di luar kawasan. ya, org kampung sy kata , outstation =P

ada satu kisah yang sy rs nk dikongsikan kat sini. kisahnya berlaku pada hari kamis. sehari sebelum cuti hari malaysia. hari itu, sy dlm perjalanan dr sah alam ke kuala lumpur. memandangkan sy pegi ke sana naik belon dari penang, jd sy xde kreta. jdnya kena amik public transport utk ke rumah makteh (dia suh p mkn pulut kacau a.k.a. wajik). sy memilih komuter. itu yg senang utk sy (atau itu yg sy tau pun, ada cr lain kot, tp x reti... huhu) berikut adalah jadual perjalanan sy, dari sah alam ke tmn keram4t perm4i pd hari kamis itu:

hQ - pkns : ila yg hntr dgn alza dia
pkns - stesen komuter seksyen 19 : cab
seksyen 19 - kl sentral : komuter
kl sentral - stesen lrt seti4wangsa : putr4 lrt
stesen lrt seti4wangsa -rmh makteh : jalan kaki

timing? lama kott. hehe. kul 5.30 dr hQ, kul 8.15 mlm sy sampai rmh makteh.

takpelah. mmg dh namanya public transport, mmg la kita yg kena ikut jadual dia kan. tapi, hmm entahlah... sy pun xde la ckp sy ni pengguna yg baik. cuma nk kongsi² cerita saja...

ok... penah naik komuter? pada yg penah, penah naik koc wanita x? komuter kan ada sediakan koc wanita tu kan. tapi kdg² ada jugak yg 'bukan wanita' di dlm tu. huhu. sama ada mmg derang tak perasan yg koc tu koc wanita, atau derang mmg sengaja nk duduk dgn wanita. =P


gmbr ihsan goooogle


pd hari kamis itu, adalah kali kedua sy naik koc wanita. (takde la selalu sgt naik komuter kan, nama pun bermastautin di kedah, mana ada komuter kat sini.. bila p sah alam je la pun nk naik komuter tu kan..) kalau sebelum ni, sy dpt duduk, mgkin sbb naik waktu off-peak. tapi kali ni, sy berdiri. seat dh penuh. mula² masuk di seksyen 19 tu, cuma ada dlm 10 org yg berdiri (termasuk seorang lelaki! pakcik tu dlm 40-an la kot. tatau la pesaipa dia kena ada kat situ, huhu.. hmm.. i thot, takpelah, dia pun byr duit teket kan.. lgpun dia berdiri jauh dr org lain, dan dia mcm wat rilek² je)

dengan 1 knapsack yang penuhh dgn baju, 1 sling bag yg berat berisi laptop sy yg berusia 8 tahun itu, dan 1 handbag, sy himpunkan beg di sekeliling kaki sy dan memilih spot di tepi tingkap. cuba berdiri dgn keadaan selesa, sbb dr pengalaman sy tu, dlm 45 minit jugak kot nk menyampai ke kl dr seksyen 19 tu, lebih kurang 7-8 stesen, x prasan pulak yg tu. mula² tu mcm ok² sj. sy kira sy dpt menerima hakikat, inilah dia kenderaan awam yg kita ada. fine. sy cuba utk cool² saja. hihi. so mcm biasa, bila sampai next station, mestilah ada yg naik dan ada yg turun dr komuter tu. dan ada sedikit masa-elah bila yg naik lebih ramai dr yg turun. i mean, sgt ramai ok! huhu. rupanya koc wanita ni mmg menjadi tumpuan jugak utk awek² yg balik kerja. mgkin lebih selesa bila duduk dan berhimpit sesama wanita. mengurangkan risiko bergesel dengan lelaki (opss, ayat terlampau ke? sori..) sampai satu tahap, sy rs mcm pipi sy ni mmg dh melekat kat cermin tingkap komuter tu, dan still ada yg ckp mcm ni di satu stesen tu:

"tlg la masuk dlm sikit, kitorang dh 2 kali tunggu tren, x dpt jugak naikk.."

dan ini jugak,

"tolonglah, semua org pun nk balik.. masuklah rapat² lagi..."

sy sinyum saja. huhu. mcm lawak pun ada. nk wat cemana kan. sy takleh nk tlg dah. sy tau awak dlm kesusahan, dan sy mmg patut tlg. tp pipi sy pun dh penyet mcm tu, sy pun rs sy mcm dlm kesusahan, taktau dh apa yg bole sy buat. hik hik. dan dgn rilek, ada sorg hakak yg berdiri tak jauh dr sy ni jawab, tp selow je la pun, dia kata sambil tesenyum,

"kitorang ni pun dh rapat ke tingkap mcm ni.."

hik hik. timakaseh la hakak, paham masa-elah yg kita hadapi. kita suma pun nk balik tmpt masing² kan...

perjalanan diteruskan jugak. makin sempit jugak rsnya. ada la sorg dua yg turun, tp lebih ramai yg naik. takpelah. rilek saja. ini public transport. mmg itulah yg kena hadapi.

sampai kat satu tmpt ni, telipon hakak tu bebunyi... lalu dia pun menjawab. ni adalah antara yg sy dpt dgr, apa yg dia ckp (apa yg org dlm telipon tu ckp, sy x dgr la pulak kan..)

"sy dlm komuter ni... ada apa?"

"habis tu, dia dh tau ke belum?"

"lain kali, takpayah telipon sy dlm komuter ni."

"haah, bizi bizi! mcm sardin dah ni haa!"


erkss. sy pun x tau nk ckp hape. huhu. senyap saja. itu paling baik. mgkin.

tiba² mcm kesian pulak kat org yg telipon tu. kena marah pulak dgn hakak yg memulanya cool td. skali sudah hot² la pulak kan. macamana dia nk tau hakak ada dlm komuter. dan macamana la dia nk tau yg hakak dh kena himpit mcm sardin tu kan. hmm. takpelah hakak. dh namanya pun public transport. mmg lah begitu keadaannya. sama ada kita kena terima keadaan himpit menghimpit begitu, atau kita kenalah cari cara lain yg tak berapa menghimpit, supaya kwn hakak akan call bukan ms hakak sedang dihimpit seperti sardin. huhu. suka tak suka, mgkin itu saja cara yang kita ada. cuba utk rilek² saja, selagi boleh. tp kalau hakak rs nk marah jugak, itu terserah. mgkin itu yg baik utk hakak. mgkin akan kena sakit jantung kalau x marah ms tu kan. huhu.

hoke. tu saje yg nk dikisahkan. tadelah apa sgt pun. cuma pengalaman hidup, yg biasa biasa saja.. =)

so pengajaran yg sy dpt kali ini: rancang perjalanan sebaiknya. kalau tak suka, cubalah utk tidak berada bersama crowd itu pada waktu puncak. ish ish. mmg sesakkk... huhu.

cheers ebelibadi~

o ye, ingt lg pd pakcik yg tersosat dlm koc wanita td? ya, dia telah disuruh oleh sorg hakak yg agak brutal utk tukar ke koc sebelah semasa tren sdg bergerak dan keadaan dh semakin menghimpit. ishh, ikut pintu tgh tu la, yg sambungkan antara koc tu.. takkan la pakcik tu nk lompat mcm spiderman kan.. hik hik. go go pakcik. eh, go go hakak? ;P



p/s tajuk mcm takde kaitan dgn entry. tapi seharian dgr lagu itu hari ini.. mgkin ada kaitan dgn perkara lain.. ;)

2 comments:

Anonymous said...

den pulak yg ghase sosak napeh bilo baco cito nih haa...

Cantiknyapurple said...

walaupun tajuk takde kena mengena dengan entry,gara2 menompang pc u hari tu,sampai ke malam I dihantui sogha stacy.