"salam. ck apa kbr. ada katmana. watpe je tu..?"
"Ck kat icu"
"uik? rasa mcamana hari ni? ok ke?"
"Ok la"
"hosp mana?"
"Kpl"
"knp kena masuk icu? nk operation ke?"
"U"
"U? apa tu ck? hehe. dh makan ke blum?"
...
senyap ja. takda jwpn dh utk sms terakhir tu. lebih kurang pukul 11 pagi ms tu. tak tergerak pulak nk ke icu di kpj tu utk tgk dia. walaupun ada rasa nk pegi, tp tak kuat utk menggerakkan sy ke sana. kereta yg sy drive hr tu tak menuju ke sana tapi ke tmpt lain, ada urusan lain yg nk diselesaikan.
semuanya berlaku mcm agak cepat. rsnya bukan skali sy dpt 'panggilan' utk pegi menziarah. tiga kali. tp masih tak tergerak ke sana. mgkin krn sy dh lepaskan dia pegi.. dan akhirnya mmg dia pegi... tak sampai dua puluh empat jam selepas meses yg terakhir tu..
dia seorang kawan. sy kenal dia lebih kurang 4 tahun lepas. a part of my life was spent with and around her. dan keluarga dia jugak. mak ayah dia. anak menantu dia. dan cucu² dia. pegi mjls sama², pegi cameron, pegi kl, pegi bukit bendera...
cik, sy mntk maaf takdpt ada dgn ck di akhir kehidupan ck. terima kasih sbb sudi jd kwn sy selama ni. mintak maaf atas salah dan silap yg penah sy buat, sengaja atau tak. dh takdak kwn nk teman sy mkn mi rebus kat kedai pakpin. dh takdak kwn sy yg nk masakkan sambal tumis taukua kat sy. dan lps ni mesti sy akan rindukan kari kerang ck jugak. ada kehilangan terasa di situ.
semoga roh ck dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org² yg beriman..
tanam keladi sederet geti
letak cempedak di tepi jenang
kalau berbudi seikhlas hati
masakan tidak terkenang kenang
selamat berpisahh..
dan bau campuran daun pandan dan cendana masih melekat di tangan kanan...
No comments:
Post a Comment