May 9, 2012

kisah sepatu merah: mohon diberi kesenangan pun sudah cukup bersyukur


selesai menonton sebuah derama di telibisyen. kisah sempena hari ibu. maaf tapi kiranya jalan ceritanya agak perlahan. cuma cuba bertahan kerana mahu melihat umi aida memerankan watak utama itu. saja la suka nak tengok. yang lain, biasa biasa saja.

terdengar dan teringat akan sedikit bahagian dialog di awal cerita,

bulan: mak, uncle kata bulan kena rajin. nanti baru boleh jadi kayaa.. kan mak kan..?
mak bulan: hm. mohon supaya diberi kesenangan pun dan cukup bersyukur bulan.. alhamdu lillah.. :) 

kedua dua mereka sedang menjalani hidup yang amat rumit pada mata kita. tapi saya kira mereka sebenarnya punya kasih sayang yang sarat, tak putus dan melimpah limpah yang menjadikan mereka terus kuat walaupun perlu hidup dalam keadaan itu. mungkin itu sajalah yang mereka perlukan.

mungkin kita juga seharusnya begitu.

selamat hari ibu! hari hari pun adalah hari ibu. terima kasih dari hati :)


p/s: ngajak bukan maksa


No comments: